Kes tembak: Tiga individu dirakam keterangan

Cha Hoong Fong (Laporan Sinar Harian 7 Disember lalu.)
Cha Hoong Fong (Laporan Sinar Harian 7 Disember lalu.)
A
A
A

KLANG - Tiga individu termasuk isteri mangsa kes tembak di hadapan sebuah rumah di Jalan Limau Kasturi di sini Disember lalu dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan kini masih dijalankan meliputi pelbagai aspek.

"Setakat ini, tiga individu termasuk isteri mangsa telah dirakam keterangan dan masih belum terdapat sebarang perkembangan baharu berhubung kejadian," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program Op Selamat peringkat IPD Klang Selatan di Bandar Botanik Klang, Jalan Klang-Banting di sini pada Rabu.

Pada 7 Disember lalu, seorang lelaki cedera ditembak di hadapan rumahnya di Jalan Limau Kasturi, Taman Wangi di sini.

Mangsa yang bekerja sebagai juruteknik sebuah kilang itu telah ditembak oleh seorang lelaki tidak dikenali di hadapan sebuah rumah.

Siasatan yang dijalankan polis sebelum ini mendapati kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan isteri mangsa yang didakwa terlibat dalam penipuan skim pelaburan.

Artikel Berkaitan: