[VIDEO] Tular video pelajar sekolah menengah dibuli

Tangkap layar video tular memaparkan sekumpulan pelajar lelaki sedang memukul rakannya.
Tangkap layar video tular memaparkan sekumpulan pelajar lelaki sedang memukul rakannya.
A
A
A

SHAH ALAM - Satu rakaman video tular di media sosial memaparkan sekumpulan pelajar lelaki sedang memukul rakannya dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Kota Kinabalu, Sabah pada Selasa.

Menerusi rakaman klip video berdurasi 23 saat yang tersebar di Twitter, kelihatan mangsa cuba mempertahankan diri daripada ditumbuk dan diserang oleh sekumpulan pelajar.

Bagaimanapun, mangsa tidak membuat serang balas dan hanya mempertahankan diri.

Kejadian itu turut disaksikan oleh pelajar-pelajar lain yang berpakaian seragam sekolah.

Sementara itu, pengguna di laman media menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan supaya kejadian seperti itu tidak berulang.

Menurut laman Twitter Napoleon Solo, kes buli dikhabarkan berlaku di Kota Kinabalu dan mohon Kementerian Pendidikan dan Menteri Pendidikan ambil tindakan segera.

Selain itu, pengguna Twitter, ZaRa V mencadangkan agar perkara itu dilaporkan kepada pihak sekolah dan mendesak pengetua untuk mengambil tindakan terhadap pelajar yang membuli.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang laporan setakat ini.

"Semalam belum ada laporan tetapi kita sudah minta ibu bapa atau pelajar berkenaan membuat laporan," katanya pada Rabu.

Artikel Berkaitan: