Sharnaaz Ahmad tiba di mahkamah, ucap selamat pagi

Sharnaaz Ahmad tiba di Mahkamah Majistret di sini pada jam 9.30 pagi Rabu.
Sharnaaz Ahmad tiba di Mahkamah Majistret di sini pada jam 9.30 pagi Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pelakon, Sharnaaz Ahmad yang ditangkap kerana didakwa menumbuk dan menendang penghuni yang juga pengawal keselamatan sebuah kondominium di Segambut di sini tiba di Mahkamah Majistret di sini pada jam, 9.30 pagi Rabu.

Pelakon filem 'Juvana' itu sempat mengucapkan selamat pagi kepada wartawan yang berkumpul di lobi mahkamah.

Bapa kepada seorang anak itu hadir di mahkamah dengan memakai baju kemeja biru gelap dan ditemani peguamnya, akan didakwa bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Terdahulu media melaporkan, pelakon berusia 38 tahun itu telah direman tiga hari, selepas disyaki menumbuk dan menendang seorang penghuni kondominium di Segambut, di sini, Jun lalu.

Pelakon yang mendiami kondominium sama dilaporkan menumbuk dan menendang mangsa selepas rakan mangsa hendak menghantar minyak masak dilarang memasuki kawasan itu oleh pengawal keselamatan.

Ia disusuli pertengkaran mulut antara mangsa dengan pengawal keselamatan sebelum pelakon terbabit memukul mangsa.

Artikel Berkaitan: