Pelakon popular didakwa di mahkamah pagi ini

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seorang pelakon popular yang ditahan kerana didakwa menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut di sini akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pelakon berusia 38 tahun itu akan didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Dia akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 9 pagi, pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pada 16 Jun tahun lalu, media melaporkan pelakon itu ditahan selepas didakwa menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut di sini.

Pelakon yang mendiami kondominium sama dilaporkan menumbuk dan menendang mangsa selepas rakan mangsa yang hendak menghantar minyak masak dilarang memasuki kawasan kondominium berkenaan oleh pengawal keselamatan di situ.

Kejadian dipercayai berlaku selepas pertengkaran mulut antara mangsa dengan pengawal keselamatan sebelum pelakon terbabit datang secara tiba-tiba dan memukul mangsa.

Berikutan kejadian, pelakon itu direman tiga hari dan dibebaskan sementara kertas siasatan lengkap untuk pertuduhan.

Artikel Berkaitan: