Perak wajibkan pelitup muka jika perlu

Perak sedia untuk mewajibkan pemakaian semula pelitup muka di tempat awam sekiranya keadaan memerlukan susulan penularan kes Covid-19. - Gambar Bernama (Gambar kecil: Saarani)
Perak sedia untuk mewajibkan pemakaian semula pelitup muka di tempat awam sekiranya keadaan memerlukan susulan penularan kes Covid-19. - Gambar Bernama (Gambar kecil: Saarani)
A
A
A

IPOH - Perak sedia untuk mewajibkan pemakaian semula pelitup muka di tempat awam sekiranya keadaan memerlukan susulan penularan kes Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara itu bergantung kepada perkembangan semasa kesihatan dan keselamatan serta keseriusan jumlah kes direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM).

"Kalau keadaan memerlukannya, saya akan memanggil mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan negeri. Kita akan buat penilaian berasaskan kepada laporan yang dibuat oleh pengarah kesihatan negeri.

"Nanti kita lihatlah ada keperluan atau pun tidak, jika ada sudah tentu kita kena mengambil langkah-langkah yang perlu bagi keselamatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam majlis pecah tanah Projek Perumahan Lahat Eco City, dekat sini pada Selasa.

Majlis berkenaan disempurnakan Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Sandrea Ng Shy Ching; Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP), Mohamed Akmal Dahalan.

Saarani berkata, berdasarkan laporan kes harian Covid-19, belum ada keperluan mendesak untuk mewajibkan pelitup muka di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

"Keadaan sekarang tidaklah mendesak, tetapi nanti jika perlu pakai maka kita akan pakai (wajibkan)," katanya.

Bilangan kes tempatan Covid-19 menurun sebanyak 22.3 peratus iaitu 2,497 kes berbanding 3,213 kes.

Sementara itu, bilangan kes import meningkat sebanyak 55.6 peratus dengan merekodkan 28 kes berbanding 18 kes.