Sila log masuk terlebih dahulu.

KPM bincang pemakaian semula pelitup muka di sekolah

27 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 27 APRIL 2023

Kementerian Pendidikan mengadakan perbincangan khas berkaitan isu penularan Covid-19 dan cadangan pemakaian semula pelitup muka di sekolah seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, perbincangan khas tersebut bagi mencari penyelesaian terbaik demi keselamatan dan kesihatan para pelajar yang akan mula bersekolah pada minggu hadapan.

Ciapnya di Twitter pada Khamis mengatakan beliau mempengerusikan perbincangan khas isu penularan Covid dan cadangan pemakaian pelitup muka.

KKM sebelum ini mencadangkan supaya pemakaian pelitup muka diwajibkan semula di sekolah bagi mengekang lonjakan kes Covid-19 susulan penularan varian XBB.1.16, atau dikenali sebagai Arcturus.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau akan mengadakan pertemuan segera bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sebelum sekolah dibuka semula pada 2 Mei.

Tambahnya, garis panduan berhubung SOP membabitkan murid dan pelajar di sekolah akan dikeluarkan sebelum bermulanya sesi persekolahan selepas cuti Aidilfitri.

Artikel: https://bit.ly/3LzKSYj

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian