Pusat khidmat aduan wanita selesai 261 kes sosial di Pahang

Pusat khidmat aduan wanita beroperasi di Pusat Transformasi Bandar bermula 1 Disember 2019 bagi membantu golongan wanita di Pahang. Gambar kecil: Sabariah
Pusat khidmat aduan wanita beroperasi di Pusat Transformasi Bandar bermula 1 Disember 2019 bagi membantu golongan wanita di Pahang. Gambar kecil: Sabariah
A
A
A

KUANTAN - Pusat khidmat aduan wanita di bawah Unit Hal Ehwal Wanita Negeri Pahang berjaya menyelesaikan 216 aduan membabitkan kes sosial di Pahang yang diterima sepanjang tahun lalu.

Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Sabariah Saidan berkata, aduan yang diselesaikan seperti masalah rumah tangga, kewangan dan penyakit kronik.

"Pusat khidmat yang ditubuhkan sejak tiga tahun lalu itu berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi wanita dan membuktikan pusat ini boleh membantu wanita keluar daripada masalah mereka.

"Bermula 1 hingga 17 Januari tahun ini, pusat ini telah menerima hampir 17 aduan daripada wanita di seluruh Pahang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Program KPJ Qaseh di Hospital Pakar KPJ Pahang di Tanjung Lumpur pada Selasa.

Sabariah (enam dari kanan) pada Program KPJ Qaseh di Hospital Pakar KPJ Pahang di Tanjung Lumpur pada Selasa.
Sabariah (enam dari kanan) pada Program KPJ Qaseh di Hospital Pakar KPJ Pahang di Tanjung Lumpur pada Selasa.

Pusat khidmat aduan wanita beroperasi di Pusat Transformasi Bandar bermula 1 Disember 2019 dan hanya beroperasi pada waktu pejabat bagi membantu mereka membuat aduan terutama ketika keadaan mendesak atau kecemasan.

Sabariah berkata, melihat perkembangan positif daripada rakyat, kerajaan Pahang akan meneruskan fungsi pusat itu dengan lebih meluas.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, sebelum ini pusat ini boleh dikunjungi secara bersemuka, namun ia dikembangkan melalui talian yang akan beroperasi 24 jam.

"Kita yakin kaedah ini akan memudahkan aduan dilakukan sekali gus membolehkan semua aduan yang disalurkan dapat diselesaikan segera oleh pihak berkaitan.

"Setakat ini, sambutan yang diberikan menggalakkan dan berfungsi dengan baik, jadi kerajaan menambaik baik dan akan melancarkan talian aduan wanita pada Ferbruari ini," ujar beliau.