Covid-19: Enam kematian, 227 kes baharu

Jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 dalam negara kini meningkat kepada 5,032,904 kes
Jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 dalam negara kini meningkat kepada 5,032,904 kes
A
A
A

SHAH ALAM - Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara terus mencatatkan trend menurun dengan 227 kes baharu dilaporkan pada Isnin berbanding 242 kes pada hari sebelumnya.

Menurut data di KKMNOW, daripada jumlah itu empat daripadanya merupakan kes import.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak berkenaan meningkat kepada 5,032,904 kes.

Data sama turut mencatatkan enam kes kematian baharu dengan dua daripadanya membabitkan kematian di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, seramai 457 direkodkan berada di hospital dengan 21 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) manakala sembilan lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.

Artikel Berkaitan: