Mudryk 'sebelah kaki' berkelana ke Chelsea

Mudryk 'hampir pasti' berhijrah ke Chelsea dari Shakhtar. - Foto Agensi
Mudryk 'hampir pasti' berhijrah ke Chelsea dari Shakhtar. - Foto Agensi
A
A
A

PENYERANG Shakhtar Donetsk, Mykhailo Mudryk 'sebelah kaki' untuk menyertai Chelsea menerusi kontrak selama tujuh tahun yang dianggarkan bernilai 100 juta euro (RM470.32 juta), lapor media Britain.

Perkara itu dimaklumkan oleh kelab Ukraine tersebut menerusi satu ciapan di Twitter pada Ahad.

“Presiden FC Shakhtar, Rinat Akhmetov dan pemilik bersama Chelsea, Behdad Eghbali giat membincangkan perpindahan Mudryk ke Stamford Bridge.

“Mereka yang terbabit semakin hampir bersetuju dengan perpindahan pemain berkenaan,” ciap Shakhtar.

Pemain berusia 22 tahun itu meledak tujuh gol dalam kejuaraan Ukraine musim ini.

Chelsea ketika ini menghuni tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris setelah mengutip 25 mata hasil daripada 18 perlawanan.

Dalam pada itu, Chelsea dalam satu kenyataan menyebut bahawa mereka sedang 'membincangkan syarat' dengan Shakhtar.

“Sekiranya perjanjian dipersetujui antara kedua-dua kelab maka pemain antarabangsa Ukraine itu akan membincangkan terma

Artikel Berkaitan:

peribadi dengan The Blues sebelum perpindahan tetap,” ujar kenyataan itu.

Mudryk sebelum ini pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal.

Dia juga boleh beraksi di bahagian sayap itu diumumkan sebagai pemain terbaik Shakhtar pada Sabtu.