PN Pahang sedia bantu PRN di enam negeri

Saifuddin
Saifuddin
A
A
A

KUANTAN - Perikatan Nasional (PN) Pahang bersedia turun padang bagi membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan pada Mei depan.

Pengerusi PN negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, bagaimanapun pihaknya masih menunggu arahan daripada PN Pusat untuk menghantar bantuan ke enam negeri yang terlibat.

"Kita sudah mula berbincang dan pengagihan jentera parti ke negeri-negeri terlibat akan diputuskan mendapat arahan daripada Majlis Tertinggi PN.

"Sebaik sahaja menerima arahan, kita akan segera bergerak ke kawasan yang telah diamanahkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas program IM Dialog, perkembangan terbaru dan isu-isu lain di pejabat Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota, Indera Mahkota pada Sabtu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), tiga negeri dibawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Tindakan sama turut diambil Pas di tiga negeri dikuasainya iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Ditanya mengenai program IM Dialog, Saifuddin berkata, ia adalah satu siri diskusi untuk percambahan idea, dasar-dasar dan program pembangunan yang bersepadu dalam pelbagai bidang seperti penghakupayaan belia, wanita, ekonomi, hal ehwal antarabangsa serta kehidupan digital.

Artikel Berkaitan:

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Indera Mahkota menjelaskan pelaksanaan ini dalan bentuk sidang meja bulat, makmal, persidangan, penerbitan dan khidmat masyarakat yang dibangunkan atas nilai murni seperti keadilan, kebenaran serta kesukarelaan.