PAU 2022: UMNO sedia bariskan calon muka baharu pada PRN

Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, pada Jumaat.
Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - UMNO bersedia membariskan muka baharu sebagai wajah hadapan parti pada pilihan raya khususnya Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu mesti menggilap dan mengetengahkan muka-muka baharu sebagai wajah hadapan parti.

"Kita akan membuktikan wajah segar UMNO yang dapat membawa dan memenuhi harapan rakyat.

"Kita juga tidak akan melupakan mereka yang berpengalaman untuk turut dipertimbangkan," demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, pada Jumaat.

Ahmad Zahid berkata, usaha meningkatkan kualiti ahli-ahli parti dan menggilap potensi mereka untuk mewarisi kepimpinan parti dan negara perlu sentiasa berjalan.

"Usaha ini amat mustahak. Soal peremajaan parti bukan pemanis mulut dan bukan diukur atas umur pemimpin parti itu.

"Sebagai parti yang melebihi setengah abad, kita mesti mampu menggamit dan menimbulkan minat ahli-ahli professional, teknokrat dan para ilmuan bagi memastikan parti kita terus segar dan bersifat semasa," jelasnya.

Ikuti perkembangan semasa mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2022 di sini!

Artikel Berkaitan: