Kes harian baharu Covid-19 di China diramal cecah 3.7 juta

Seorang wanita menerima vaksin Covid-19 di Qingzhou, di wilayah Shandong timur China.(Gambar hiasan) - Foto AFP
Seorang wanita menerima vaksin Covid-19 di Qingzhou, di wilayah Shandong timur China.(Gambar hiasan) - Foto AFP
A
A
A

BEIJING - Bilangan kes harian baharu Covid-19 di China diramalkan boleh mencecah rekod tertinggi 3.7 juta pada Jumaat, ketika negara itu bergelut dengan gelombang jangkitan berikutan penamatan dasar sifar Covid-19, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Menurut ramalan terkini syarikat analitik Airfinity yang berpangkalan di London, jumlah kematian boleh mencecah 25,000 kes sehari dalam tempoh 10 hari lagi.

Dianggarkan lebih setengah juta orang mungkin maut akibat jangkitan Covid-19 sejak awal Disember dan jumlah itu boleh meningkat kepada 1.7 juta menjelang akhir April.

Gelombang semasa dijangka berterusan sehingga Mac atau April.

Bagaimanapun, ramalan sukar dibuat kerana pihak berkuasa telah menghentikan untuk mengeluarkan data mengenainya.

Airfinity meramalkan gelombang jangkitan akan memuncak pada awal Mac iaitu sebanyak 4.2 juta jangkitan baharu setiap hari terutamanya di kawasan luar bandar. - Bernama

Ikuti perkembangan semasa mengenai Covid-19 di sini!

Artikel Berkaitan: