Suhu di empat negeri diramal cecah 37 darjah Celsius

Enam kawasan di Semenanjung dan satu di Sabah diramal mengalami cuaca panas Tahap satu (berjaga-jaga) sekurang-kurangnya untuk tiga hari berturut-turut. - Foto MetMalaysia
Enam kawasan di Semenanjung dan satu di Sabah diramal mengalami cuaca panas Tahap satu (berjaga-jaga) sekurang-kurangnya untuk tiga hari berturut-turut. - Foto MetMalaysia
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas Tahap satu (berjaga-jaga) di empat negeri sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut bermula Selasa.

Menerusi kenyataan MetMalaysia di laman Facebook setakat jam 4.20 petang, memaklumkan negeri yang terlibat ialah Kedah, Kelantan, Terengganu dan Sabah.

Di Kedah kawasan yang terlibat ialah Kubang Pasu dan Padang Terap; Kelantan (Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas); Terengganu (Besut) dan Sabah (Nabawan).

Agensi itu turut menjelaskan cuaca berkenaan boleh mencecah di antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh layari https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!