PAU 2022: KJ diserbu perwakilan Puteri

Khary Jamaluddin berswafoto dengan ahli UMNO ketika menghadirkan diri pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Khary Jamaluddin berswafoto dengan ahli UMNO ketika menghadirkan diri pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kehadiran bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) disambut dengan sorakan oleh lebih 900 perwakilan Puteri yang bersidang pada Perhimpunan Agung Puteri UMNO 2022.

Segak mengenakan kemeja batik berona merah, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau itu hadir bagi menyaksikan persidangan yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn pada Khamis.

Sejurus Pengerusi Tetap Sementara, Fadwah Anuwar mengumumkan ketibaan beliau, sebilangan Puteri UMNO dilihat menyerbu bekas Menteri Kesihatan itu sekali gus tidak melepaskan peluang untuk berswafoto bersama.

Situasi itu menyebabkan Fadwah terpaksa meminta semua perwakilan untuk kembali ke tempat duduk masing-masing bagi meneruskan persidangan.

Khairy Jamaluddin sebelum ini secara jelas telah memberikan isyarat bahawa beliau akan bertanding mencabar kedudukan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden dalam pemilihan parti itu.

Kenyataan tersebut sedikit berbeza berbanding sebelum ini yang seakan berselindung apabila ditanya mengenai kemungkinan bertanding bagi jawatan nombor satu parti itu.

Beliau sebelum ini hanya memberikan respons agar semua pihak menunggu apa tindakan selanjutnya apabila diajukan soalan oleh pengamal media.

Khairy sebelum ini pernah menyatakan bahawa beliau atau sekutunya berhasrat untuk bertanding jawatan Presiden UMNO dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya dipilih.

Artikel Berkaitan:

Ikuti perkembangan semasa mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2022 di sini!