Pemuda UMNO desak singkirkan pengkhianat parti

Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mendesak supaya saki baki 'pengkhianat' disingkirkan segera supaya tidak terus menjadi barah yang akan merosakkan parti.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pembersihan itu perlu dibuat untuk mengembalikan penyatuan dalam parti.

"Pemuda UMNO mendesak agar saki baki pengkhianat parti yang selama ini menjadi api dalam sekam, gunting dalam lipatan dan mengutamakan diri daripada parti disingkirkan terus daripada menjadi barah yang merosakkan seluruh organ dan jasad parti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Khamis.

Sementara itu, dalam masa sama, Asyraf turut menegaskan sayap pemuda yang diterajuinya kekal teguh mempertahankan institusi Presiden UMNO.

Jelasnya, adalah menjadi asas dalam ilmu sains politik, presiden sesebuah parti merupakan pusat kepada parti.

"Sebab itulah strategi menyerang peribadi pemimpin adalah senjata paling ampuh," katanya

Ikuti perkembangan semasa mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2022 di sini!

Artikel Berkaitan: