'Hentikan kegilaan ini, buka ruang pertandingan' - Khairy

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menganggap tindakan lebih 100 Ketua UMNO Bahagian yang sebulat suara tidak mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu dipertandingkan pada pemilihan akan datang sepatutnya dihentikan.

Menyifatkan ia sebagai satu 'kegilaan', bekas Ahli Parlimen Rembau itu berpandangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai seorang pejuang yang tidak gentar bagi menghadapi pencabarnya.

"Hentikan kegilaan ini. Saya rasa Presiden seorang fighter (pejuang) yang tidak gentar menghadapi pencabar.

"Buka ruang pertandingan. Jangan matikan demokrasi dalam UMNO," katanya menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Khamis.

Sebelum ini, dilaporkan seramai 140 Ketua UMNO Bahagian sebulat suara tidak mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Hantaran Khairy menerusi Instagram miliknya pada Khamis
Hantaran Khairy menerusi Instagram miliknya pada Khamis

Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah berkata, mereka sepakat memohon Ahmad Zahid mempertimbangkan perkara tersebut, kerana UMNO pada saat ini perlu diperkukuhkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Khairy sebelum ini pernah memberi isyarat bahawa beliau akan bertanding mencabar kedudukan Ahmad Zahid sebagai Presiden.

Artikel Berkaitan: