Bayi bertali pusat ditinggal depan rumah

Bayi masih bertali pusat ditinggalkan di rumah seorang penduduk di Taman Desa Kundang, pagi tadi.
Bayi masih bertali pusat ditinggalkan di rumah seorang penduduk di Taman Desa Kundang, pagi tadi.
A
A
A

RAWANG - Seorang bayi perempuan masih bertali pusat ditinggalkan di hadapan sebuah rumah di Taman Desa Kundang, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, bayi yang dibalut dengan kain batik itu disedari berada di pagar rumah kira-kira jam 10.50 pagi tadi.

Menurutnya, pemilik rumah yang berada di tempat kerja telah dihubungi anaknya memaklumkan kejadian.

"Sebaik pengadu tiba di rumah jam 12.20 tengah hari dia menemukan seorang bayi perempuan masih bertali pusat dan ditinggalkan bersama uri yang diletakkan dalam plastik.

"Selepas memeriksa keadaan bayi tersebut dia bertindak membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Katanya, bayi berkenaan dihantar ke Hospital Selayang untuk menjalani pemeriksaan.

"Kes disiasat dibawah seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi berkenaan

"Pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu untuk tampil membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: