Tak bayar kompaun lama, pemilik lori didenda RM1,500

Mahkamah Telok Datok
Mahkamah Telok Datok
A
A
A

KUALA LANGAT - [DIKEMAS KINI] Tindakan degil seorang pemilik lori tidak membayar kompaun lama membawa padah, apabila dia didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Telok Datok di sini pada Rabu.

Lelaki berusia 30-an itu dikenakan hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Khairul Farhi Yusob.

Sekiranya dia gagal membayar denda, mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang memiliki lori lebih dua tan, dituduh meletakkan kenderaan berat di kawasan perumahan Taman Cempaka, Banting, awal tahun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Undang-Undang Kecil 7(1), Undang-Undang Kecil Taman Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 2005.

Untuk rekod, tertuduh didapati mempunyai tunggakan 12 notis kesalahan selama lima tahun sejak 2014.

Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Hasrizal Abdul Rahim dan dibantu Ahmad Razali Abdul Manaf.

Artikel Berkaitan: