Salah guna kuasa, dua kakitangan koperasi direman

Kedua-dua tertuduh dipercayai menyalah guna kuasa bagi meluluskan skim pelaburan saham yang dikendalikan koperasi itu.. - Gambar hiasan
Kedua-dua tertuduh dipercayai menyalah guna kuasa bagi meluluskan skim pelaburan saham yang dikendalikan koperasi itu.. - Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Dua kakitangan sebuah koperasi di Pahang direman enam hari bermula Selasa bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dalam skim pelaburan saham berjumlah kira-kira RM229,000, sejak 2017.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Fatinah Abu Bakar terhadap wanita berusia 40 tahun yang merupakan pengurus kewangan dan lelaki berumur 49 tahun yang menjawat jawatan eksekutif kanan kewangan.

Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana menggunakan jawatan atau kuasa untuk faedah diri atau saudara-mara.

Kedua-dua suspek ditahan pada Isnin, selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini.

Mereka dipercayai menyalah guna kuasa bagi meluluskan skim pelaburan saham yang dikendalikan koperasi itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: