Dua pegawai kanan koperasi direman salah guna kuasa

Kedua-dua suspek diiringi pegawai SPRM keluar dari mahkamah pada Selasa selepas mendapat perintah reman untuk siasatan lanjut berhubung kes salah guna kuasa meluluskan skim pelaburan saham bernilai RM229,000.

A
A
A

KUANTAN - Seorang pengurus kewangan dan eksekutif kanan kewangan sebuah koperasi direman selama enam hari bermula Selasa untuk siasatan berhubung kes salah guna kuasa meluluskan skim pelaburan saham bernilai RM229,000.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Fatinah Abu Bakar.

Wanita berusia 40 tahun yang juga pengurus kewangan bersama eksekutif kanan kewangan (lelaki) berusia 49 tahun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang selepas hadir ke pejabat agensi itu untuk memberi keterangan pada Isnin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: