Roket pertama UK gagal capai orbit

Roket LauncherOne yang dilancarkan UK gagal mencapai orbit. - Gambar hiasan
Roket LauncherOne yang dilancarkan UK gagal mencapai orbit. - Gambar hiasan
A
A
A

LONDON - Roket LauncherOne, yang dilancarkan sebagai sebahagian daripada misi roket pertama United Kingdom (UK), menghadapi 'anomali' yang menghalangnya daripada mencapai orbit.

Anamoli bermaksud penyimpangan daripada peraturan (jenis atau bentuk) yang biasa.

"Berlaku anomali yang menghalangnya mencapai orbit. Kami sedang menilai maklumat itu," kata Virgin Orbit di Twitter lewat Isnin, hampir 30 minit selepas mendakwa roket itu berjaya memasuki orbit.

Menurut Virgin Orbit mereka akan berkongsi lebih banyak maklumat mengenai perkembangan terkini misi berkenaan, lapor Agensi Anadolu.

Virgin Orbit melancarkan roket LauncherOne, pelancaran orbit pertama negara itu dari Cornwall, England pada Isnin.

Misi Start Me Up, kerjasama antara Agensi Angkasa UK, Majlis Cornwall, Tentera Udara Diraja dan Orbit Virgin, itu membawa satelit daripada tujuh pelanggan ke angkasa termasuk muatan komersial dan kerajaan beberapa negara dan misi usaha sama Amerika Syarikat-United Kingdom.

Pesawat Virgin Orbit itu yang membawa sembilan satelit kecil, berlepas dari Cornwall Spaceport pada 2202 GMT.

LauncherOne keluar dari pesawat pengangkutnya pada 2309 GMT.

Artikel Berkaitan:

Pesawat Virgin Orbit Cosmic Girl kemudiannya selamat kembali ke Cornwall Spaceport pada pukul 6 pagi Selasa.

Pada November, Cornwall Spaceport menerima lesen tapak pelepasan angkasa pertama UK daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam UK (CAA). - Bernama