Manchester United, Hojlund capai kesepakatan

Rasmus Hojlund
Rasmus Hojlund
A
A
A

MANCHESTER United telah bersetuju dengan perjanjian untuk menandatangani penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari kelab Serie A Itali, Atalanta dengan kontrak lima tahun dengan pilihan musim tambahan, lapor media Britain.

Pemain berusia 20 tahun itu akan berpindah ke Old Trafford dalam perjanjian dilapor bernilai 72 juta pound dan menjadi pembelian keenam termahal United, menurut laporan tersebut.

Hojlund yang sebelum ini bermain untuk kelab Denmark, FC Copenhagen dan Sturm Graz (Austria), menyertai Atalanta pada permulaan musim Serie A 2022-23 dan menjaringkan sembilan gol liga dalam kempen penembusan.

Dia menjadi pemain ketiga United dalam jendela perpindahan selepas Mason Mount dari Chelsea dan penjaga gol Andre Onana dari Inter Milan.

United menduduki tempat ketiga musim lalu, mengesahkan tempat dalam Liga Juara-Juara selain memenangi Piala Liga pada Februari.

Musim lalu Manchester United kendalian Erik ten Hag menjaringkan sebanyak 58 gol, manakala bolos 43 gol selepas mengharungi 38 perlawanan - 23 menang, enam seri, sembilan tewas - mengumpul 75 mata.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!