Kes baharu mingguan Covid-19 turun 14.2 peratus

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kes baharu Covid-19 di seluruh negara turun 14.2 peratus kepada 3,231 kes pada Minggu Epidemiologi 1 (ME 1/2023) iaitu dari 1 hingga 7 Januari, berbanding 3,767 kes pada ME sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan kes tempatan turun 14 peratus daripada 3,735 kes kepada 3,213 kes bagi ME1/2023 dan kes import juga turun 43.8 peratus daripada 32 kes kepada 18 kes.

"Bilangan kes sembuh pada ME 1/2023 menurun 35.6 peratus (5,869 kes kepada 3,781 kes). Bilangan kes kematian pada ME 1/2023 menurun 4.5 peratus (22 kes kepada 21 kes),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, secara kumulatif, 5,029,908 kes baharu COVID-19 direkodkan sejak 25 Jan 2020 (ME 4/2020) hingga 7 Januari lepas sementara 4,981,975 kes sembuh dan 36,874 kes kematian dicatatkan bagi tempoh sama.