Banjir: MAIS sumbang RM200,000 kepada Kelantan, Terengganu

Abdul Aziz (tiga dari kanan) ditemui di lobi Bangunan Sultan Idris Shah pada Ahad.
Abdul Aziz (tiga dari kanan) ditemui di lobi Bangunan Sultan Idris Shah pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang terjejas di negeri Kelantan dan Terengganu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyumbangkan RM200,000 bagi memenuhi keperluan mangsa.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, sumbangan RM200,000 meliputi peruntukan daripada Baitulmal MAIS, Perbadanan, Wakaf Selangor (PWS), Universiti Islam Selangor (UIS).

Turut terbabit dalam menyediakan peruntukan berkenaan ialah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Bakti Suci Holdings Sdn Bhd (BSHSB) dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (Teras).

"Daripada jumlah itu, MAIS menyumbang wang tunai sebanyak RM125,000, manakala agensi dan anak syarikat MAIS iaitu PWS, UIS, YIDE, BSHSB dan Teras menyumbang sumbangan terkumpul sebanyak RM75,000.

"Sumbangan akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dengan masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM100,000," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Sebelum itu, Abdul Aziz melakukan perlepasan konvoi kumpulan MAIS bersama agensi dan anak syarikat MAIS di lobi Bangunan Sultan Idris Shah serta turut dihadiri Setiausaha Mais, Dr Ahmad Shahir Makhtar.

Artikel Berkaitan: