Dua anggota Imigresen direman tiga hari

Suspek diiring SPRM sebaik tiba di Kompleks Mahkamah Seremban, hari ini.
Suspek diiring SPRM sebaik tiba di Kompleks Mahkamah Seremban, hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang penolong penguasa Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dan pembantu penguat kuasa jabatan itu direman tiga hari bermula hari ini, untuk siasatan lanjut selepas disyaki meminta dan menerima rasuah.

Perintah reman berkenaan dikeluarkan Majistret Rahimah Rahim di Mahkamah Khas Reman Seremban selepas permohonan dibuat Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Khairi Abdul Karim terhadap suspek yang diwakili peguam Muhammad Zahid Ahmad.

Menurut sumber, jabatan itu menahan empat warganegara Indonesia kerana tidak mempunyai permit kerja yang sah dalam operasi dilakukan di Jalan Paroi - Senawang pada 25 Disember tahun lalu.

Suspek diiring SPRM sebaik tiba di Kompleks Mahkamah Seremban, hari ini.
Suspek diiring SPRM sebaik tiba di Kompleks Mahkamah Seremban, hari ini.

"Suspek berusia 35 dan 31 tahun itu meminta rasuah RM22,000 daripada majikan pekerja warga asing berkenaan sebagai balasan untuk selesaikan kes dan pada 10 Januari lalu, suspek menerima RM6,000 daripada majikan berkenaan dan RM15,000 pada 25 Januari.

"Kedua-duanya ditahan ditahan di pejabat mereka kira-kira jam 1 tengah hari semalam. Wang RM8,950 dan RM5,000 ditemui ketika pemeriksaan dilakukan di rumah kedua-dua suspek," katanya.

Sumber berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) ASPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim mengesahkan mengenai tahanan reman suspek.

Artikel Berkaitan: