Peti simpan makanan jijik

Veerapan (dua dari kiri) turut menyertai Op Tomyam.
Veerapan (dua dari kiri) turut menyertai Op Tomyam.
A
A
A

SEREMBAN - Peti simpanan di sebuah restoran di Rasah di sini, dikesan bukan sahaja kotor malah menjijikkan apabila ditemui berlumut dalam operasi bersepadu Premis Makanan Bersih Op Tomyam, semalam.

Bahagian dapur premis berkenaan juga didapati bersepah dan makanan turut dibiarkan terdedah ketika pemeriksaan dilakukan pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS).

Restoran berkenaan antara 22 premis makanan diarah tutup daripada 50 premis makanan yang diperiksa di sekitar Seremban dalam operasi bermula jam 4 petang hingga 11.30 malam.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan S Veerapan berkata, sebanyak 156 notis dikeluarkan mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 1983 melibatkan nilai kompaun sebanyak RM42,450.

"Operasi kali ini memberi tumpuan kepada restoran tomyam dan kali ke empat diadakan. Premis yang didapati kurang bersih dan yang tidak mematuhi standard minimum akan diarah tutup dan ia selaras dengan Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Veerapan melihat keadaan peti penyimpanan makanan di sebuah restoran di Rasah. (Makanan yang disimpan di dalam peti penyimpanan makanan yang berlumut.)
Veerapan melihat keadaan peti penyimpanan makanan di sebuah restoran di Rasah. (Makanan yang disimpan di dalam peti penyimpanan makanan yang berlumut.)

“Operasi ini juga tertumpu kepada Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009) yang menekankan aspek penilaian tahap kebersihan premis dan kebersihan makanan serta etika kebersihan pengendali makanan di bawah Peraturan-Peraturan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Menurutnya, antara kesalahan yang dikesan ialah peti simpanan makanan di bahagian sejuk beku tidak mengikut suhu yang ditetapkan dan menyimpan makanan terlalu lama.

Artikel Berkaitan:

"Dalam operasi diadakan sebanyak sembilan pasukan terlibat dengan kekuatan 60 pegawai penguat kuasa dari Pejabat Kesihatan Daerah Seremban, Jelebu, Kuala Pilah, Tampin, Rembau, Port Dickson dan Jempol," katanya.

Pegawai Kesihatan Persekitaran, S Mariappan menampal notis arah tutup sebuah restoran di Rasah.
Pegawai Kesihatan Persekitaran, S Mariappan menampal notis arah tutup sebuah restoran di Rasah.

Dalam pada itu, Veerapan berkata, sehingga Mac tahun ini, sebanyak 1,417 premis makanan di negeri ini diperiksa dan 14 premis diarah tutup kerana tidak menepati spesifikasi kebersihan semasa pemeriksaan dijalankan.

"Notis Seksyen 32B yang dikeluarkan pula adalah sebanyak 582 notis dengan jumlah kompaun yang boleh ditawarkan bernilai RM113,530.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 322 premis makanan di sekitar Seremban diperiksa dan dua daripada premis diarah tutup dengan nilai kompaun sebanyak RM30,800," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!