KPDN rekod 10,894 kes seleweng barang keperluan

Fuziah (tengah) melihat bekalan telur semasa melakukan tinjauan di sebuah pasar raya di Bachok.
Fuziah (tengah) melihat bekalan telur semasa melakukan tinjauan di sebuah pasar raya di Bachok.
A
A
A

BACHOK - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merekodkan 10,894 kes dengan nilai rampasan lebih RM115 juta membabitkan pelbagai kesalahan penyelewengan barang kawalan dan subsidi sepanjang tahun lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, antara kesalahan yang menarik perhatian ialah tindakan segelintir peniaga dipercayai cuba menipu pelanggan dengan menukar tanda harga telur.

“Misalnya telur gred B tetapi tulis gred A dan dijual dengan harga yang mahal.

“Kes sedemikian kita ambil tindakan sita kerana didapati melakukan kesalahan tanda harga,” katanya selepas meninjau bekalan makanan semasa lawatan kerja ke sebuah pasar raya di Jelawat di sini pada Khamis.

Beliau menjelaskan, kes-kes lainnya adalah melibatkan kesalahan berkaitan bekalan minyak masak peket, gandum, petrol dan diesel.

Fuziah (tengah) melihat minyak masak peket yang dijual di sebuah pasar raya di Bachok.
Fuziah (tengah) melihat minyak masak peket yang dijual di sebuah pasar raya di Bachok.

Menurutnya, tindakan berterusan dilakukan menerusi Op Bersepadu memerangi penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi terutama di negeri-negeri sempadan dan menghampiri musim perayaan.

Dalam pada itu, Fuziah turut berkongsi perkembangan Op Terjah yang dilaksanakan kementerian itu bermula 17 Disember lalu yang sehingga kini telah memeriksa sebanyak 12,293 premis.

Artikel Berkaitan:

“Daripada jumlah itu sebanyak 9,961 premis didapati bekalan mencukupi, 2,118 premis bekalan berkurang dan hanya 214 premis perniagaan yang tiada bekalan.

“Bagi masalah bekalan telur pula terkawal dan dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh dua bulan lagi menerusi usaha import telur (tanpa subsidi) dari India,” katanya.