Pakar saran kurangkan import

Masalah utama ketika ini adalah kekurangan bekalan daripada pengeluar untuk memenuhi permintaan pasaran.

Laporan muka depan Sinar Harian pada Khamis.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) tidak akan mampu menyelesaikan isu inflasi untuk tempoh jangka panjang sebaliknya pengeluaran barangan perlu ditingkatkan bagi mengimbangi penawaran dalam pasaran.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin berkata, masalah utama ketika ini adalah kekurangan bekalan daripada pengeluar untuk memenuhi permintaan pasaran.

“Sememangnya kenaikan OPR menyebabkan kekurangan aliran tunai dalam pasaran berikutan pertambahan kos pinjaman namun ia hanya untuk tempoh masa pendek. Masalah utama yang masih belum diselesaikan adalah kekurangan bekalan di pasaran sebagai contoh telur ayam. Menaikkan kadar OPR tidak mampu selesaikan inflasi secara menyeluruh.

Baca berita penuh di Sinar Premium.

Artikel Berkaitan: