'Individu tak mahukan pemilihan ada pelbagai alasan'

Mohd Yusof
Mohd Yusof
A
A
A

SHAH ALAM - Tidak perlu menggunakan alasan kestabilan parti bagi menyekat demokrasi dalam pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail turut menyifatkan individu yang gilakan kuasa, jawatan serta berkepentingan sahaja menggunakan alasan tersebut.

Beliau tidak menolak bahawa jutaan ahli UMNO tahu dan sedar agenda masing-masing.

"Individu yang tidak mahu pemilihan dibuat mempunyai pelbagai alasan. Walak kepada pemimpinlah, setia kepada Presidenlah. Paling mual, hendak pastikan kestabilan untuk hadap Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

"Alasan sama sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), konon untuk pastikan parti kuat dan menang. Menang apanya? Kalah teruk lagi adalah," jelasnya menerusi laman Facebook pada Rabu.

Tambah Mohd Yusof, jika benar dua jawatan tersebut tidak dipertandingkan, beliau khuatir UMNO akan ditimpa mudarat lebih besar.

Artikel Berkaitan: