Covid-19: Satu kematian dicatat pada Selasa

Satu kematian dilaporkan pada Selasa menjadikan jumlah keseluruhan 38,540 kematian dicatatkan sejak pandemik itu melanda negara ini. - Gambar hiasan
Satu kematian dilaporkan pada Selasa menjadikan jumlah keseluruhan 38,540 kematian dicatatkan sejak pandemik itu melanda negara ini. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia mencatatkan 332 kes baharu Covid-19 pada Selasa dengan satu daripadanya merupakan kes import.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi portal KKMNow, satu kematian turut dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 38,540 kematian dicatatkan sejak pandemik itu melanda negara ini.

Dalam masa sama, kes aktif Covid-19 merekodkan 11,763 kes dengan 94.4 peratus atau 11,109 merupakan individu dikuarantin di rumah.

Selain itu, 622 individu masih dirawat di hospital dengan 32 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan 20 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP).

Turut dilaporkan, kadar penggunaan fasiliti kesihatan setakat Selasa adalah 72.3 peratus bagi katil hospital, katil ICU (66.5 peratus) dan ABP (38.5 peratus).

Secara keseluruhan, kes sembuh Covid-19 dalam negara mencatatkan 4,979,168 kes, meningkat 376 berbanding Isnin.

Artikel Berkaitan: