X

Kindly register in order to view this article
!

Yukha tawar dua penyegar udara kenderaan dalam variasi klip dan semburan

Wan Mohd Harizmi bersama produk baharunya, Yukha Air Freshener.
A
A

SYARIKAT Bumiputera, Yukha Global Sdn Bhd (Yukha Global), pengeluar minyak wangi dan kosmetik berjenama Yukha mahu memfokuskan pasaran tempatan sekali gus mengukuhkan kedudukannya di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksektifnya, Wan Mohd Harizmi Wan Omar berkata, Yukha mempunyai tiga rangkaian produk iaitu Yukha Mattelipcream + Vitamin E, Yukha Perfume dan Yukha Air Freshener mendapat permintaan tinggi kerana kelainan yang ditonjolkan.

Menurutnya, Yukha kini dalam pasaran Malaysia dan mempunyai 30 stokis dan 1,000 ejen di seluruh negara dan merancang untuk menambah 100 stokis dan 2,000 ejen untuk meluaskan pasarannya.

"Kami yakin adanya produk terbaharu, Yukha Air Freshner yang menawarkan pakej ejen serendah RM28 ia akan meningkatkan jualan dan jenama Yukha. Kami mengunjurkan produk ini akan terjual 60,000 unit sebulan menjelang akhir tahun ini," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Yukha Air Freshener di Subang Jaya, Selangor.

Wan Mohd Harizmi berkata, Yukha juga bakal menembusi pasaran Brunei dan Singapura.

Mengulas mengenai produk baharunya, beliau berkata, produk baharu bagi kegunaan kenderaan itu didatangkan dalam dua variasi iaitu kilp dan semburan tampil dengan 10 jenis bauan dan mengandungi 100 peratus pati haruman bunga-bungaan.

"Antara 10 bauan itu ialah Vanilla, After Tobacco, Apple Blossom, Friday Night, Lavender, Honey Dew, Sparkling Lemon, Golden Vanilla, Lemon Lime, Vanilla dan Sakura. Penyegar udara ini didatangkan dalam bentuk klip serta mampu bertahan antara 30 hingga 45 hari pada harga mampu milik iaitu RM10," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus