Dua varian utama di China sudah masuk Malaysia

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

SHAH ALAM - Dua varian Covid-19 utama yang menular di China iaitu varian BA.5.2 dan varian BF.7 dikesan telah berada di Malaysia, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, setakat 31 Disember lalu, terdapat sebanyak 4,148 kes yang dijangkiti dengan BA.5.2 dan tiga kes yang dijangkiti dengan BF.7.

“Walau bagaimanapun, belum ada data yang dapat mengaitkan peningkatan bilangan kes kemudaratan atau kematian dengan varian BA.5.2 dan BF.1.

“Situasi ini akan disemak dari semasa ke semasa apabila terdapat sebarang perubahan ketara yang seterusnya memerlukan perubahan dalam strategi kesihatan awam.