Pemilik syarikat perancang perkahwinan direman

Pemilik syarikat perancang perkahwinan direman bagi membantu siasatan.
Pemilik syarikat perancang perkahwinan direman bagi membantu siasatan.
A
A
A

YAN - Pemilik syarikat perancang perkahwinan yang juga merupakan pasangan suami isteri direman di Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penipuan pakej perkahwinan yang ditawarkan kepada pelanggan.

Permohonan reman dibenarkan Majistret Anis Suraya Ahmad selama tiga hari bermula Isnin bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Kedua-duanya berusia 30-an dilihat masuk ke pekarangan mahkamah dengan diiringi anggota polis bertugas.

Difahamkan sebelum ini, terdapat empat laporan polis berhubung dakwaan penipuan pakej perkahwinan membabitkan pasangan pengantin yang melangsungkan perkahwinan sekitar daerah ini yang mendakwa ditipu syarikat berkenaan.

Pengadu mendakwa majlis perkahwinan yang berlangsung tidak seperti yang dirancang selain terpaksa menanggung kerugian puluhan ribu ringgit.

Susulan itu, polis menahan pasangan suami isteri terbabit bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: