Pelajar tingkatan empat antara 11 individu ditahan JHEAIPP

Antara mereka yang ditahan JHEAIPP pada operasi malam ambang tahun baharu.
Antara mereka yang ditahan JHEAIPP pada operasi malam ambang tahun baharu.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang pelajar tingkatan empat antara 11 lelaki yang ditahan penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) selepas berada di bawah pengaruh alkohol ketika menyambut malam ambang tahun baharu di sebuah pusat hiburan di Persiaran Gurney, di sini awal pagi Ahad.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP, Mohd Azizon Noordin berkata, pemeriksaan dilakukan bermula jam 11.45 malam hingga 3 pagi dalam Ops Bersepadu Tahun Baharu yang melibatkan beberapa agensi penguatkuasa lain.

Menurutnya, ketika ditahan kesemua mereka sedang berhibur sambil menunggu detik 12 tengah malam sempena tahun baharu hingga membuatkan mereka tidak sedar akan kehadiran pihak berkuasa.

Kesemua yang ditahan beragama Islam berusia lingkungan 16 dan 38 tahun.

"Selepas menyedari kehadiran kami ada di antara mereka cuba melarikan diri namun dengan kawalan ketat pihak polis berjaya menahan mereka daripada meloloskan diri,"katanya ketika ditemui media selepas selesai operasi di sini, semalam.

No Image Caption

Mohd Azizon berkata, pelajar sekolah itu memberi alasan kali pertama kali berkunjung ke pusat hiburan atas ajakan rakan-rakannya manakala seorang lelaki berusia 30-an pula mendakwa konon datang bersama tunangnya warga Indonesia.

“Siasatan lanjut mendapati kesemua lelaki terbabit merupakan anak jati Pulau Pinang dan berdasarkan alamat pada kad pengenalan ada yang datang dari kawasan yang sama antaranya di Batu Kawan.

Artikel Berkaitan:

“Kita akan menghubungi waris individu terbabit bagi tujuan ikat jamin dan kes disiasat mengikut Seksyen 19 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu meminum minuman memabukkan,”tambahnya.