Isteri, suami orang dicekup khalwat di hotel

Suami orang dan kekasihnya yang telah berkahwin dicekup oleh penguat kuasa JAIM di sebuah hotel di Alor Gajah di sini, awal pagi Ahad.
Suami orang dan kekasihnya yang telah berkahwin dicekup oleh penguat kuasa JAIM di sebuah hotel di Alor Gajah di sini, awal pagi Ahad.
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang lelaki lima anak sanggup mengaku dia dan pasangannya yang juga isteri orang mereka telah berkahwin.

Pasangan kekasih berusia 56 dan 40 tahun itu memberi alasan sedemikian ketika operasi oleh pasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sebuah hotel di Alor Gajah.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri berkata, helah lelaki yang bekerja sebagai operator kilang itu bagaimanapun terbongkar setelah pemeriksaan nombor kad pengenalannya secara dalam talian menunjukkan dia masih berstatus suami orang.

Menurutnya, ketika dicekup berkhalwat lelaki itu tidak berbaju dan penguat kuasa turut mengambil masa beberapa minit sebelum pasangan itu membuka pintu bilik.

"Soal siasat yang dilakukan wanita mempunyai dua orang anak mengakui datang ke Melaka dari Sabah untuk berjumpa lelaki itu yang telah lama dikenali.

"Namun semakan mendapati mereka bukan suami isteri dan gagal mengemukakan dokumen pernikahan yang sah," katanya.

Pasangan berusia 23 dan 21 tahun yang ditangkap berkhalwat di sebuah hotel di Alor Gajah di sini awal pagi Ahad.
Pasangan berusia 23 dan 21 tahun yang ditangkap berkhalwat di sebuah hotel di Alor Gajah di sini awal pagi Ahad.

Beliau berkata demikian ketika operasi cegah maksiat sempena Ambang Tahun Baharu 2023 di Alor Gajah di sini, pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, mereka antara enam pasangan kekasih berusia antara 21 hingga 56 tahun yang dalam operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 5 pagi.

Tambah beliau turut ditahan seorang peniaga burger bersama kekasihnya yang bekerja sebagai pembantu kedai burger di Kuala Lumpur.

Ujar beliau, lelaki berusia 24 tahun memberikan alasan dia membawa pasangannya berusia 21 tahun ke Melaka untuk bertemu keluarganya bagi merancang pernikahan mereka.

"Apabila disoal siasat mereka telah dua hari menginap di hotel terbabit dan kedua-dua mereka juga gagal mengemukakan dokumen pernikahan yang sah," katanya.

Kesemua pasangan termasuk dua pasangan yang ditahan di Daerah Melaka Tengah dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan mengikut Seksyen 53 (1) dan (2) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau 24 bulan penjara atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan.