513 kes baharu Covid-19, empat lagi kes import

KKM merekodkan 513 kes baharu Covid-19 pada Sabtu menjadikan jumlah kumulatif kes mencecah sebanyak 5,026,677.
KKM merekodkan 513 kes baharu Covid-19 pada Sabtu menjadikan jumlah kumulatif kes mencecah sebanyak 5,026,677.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 513 kes baharu Covid-19 pada Sabtu menjadikan jumlah kumulatif kes mencecah sebanyak 5,026,677.

Berdasarkan data daripada portal KKMNow, daripada 513 kes tersebut, empat daripadanya adalah merupakan kes import.

Dalam pada itu, terdapat satu kematian yang telah direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 36,853 orang daripada hampir lima juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

KKM turut mencatatkan penurunan 321 kes aktif Covid-19 di seluruh negara menjadikan jumlah kes aktif di negara ini adalah sebanyak 12,002 kes dengan 11,349 pesakit kuarantin di rumah, 620 menerima rawatan di hospital.

Data itu juga menunjukkan, sejumlah 33 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 15 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 833 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini sebanyak 4,977,822.

Artikel Berkaitan: