Banjir: 681 mangsa masih ditempatkan di PPS

Gambar hiasan. - Foto APM
Gambar hiasan. - Foto APM
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri terjejas turun kepada 681 orang setakat jam 6 pagi Sabtu.

Berdasarkan laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jumlah tersebut melibatkan 120 keluarga di tiga negeri iaitu Sabah, Kuala Lumpur dan Terengganu berbanding 121 keluarga pada sebelumnya.

Berdasarkan data itu juga, hanya satu PPS di setiap negeri yang terjejas tersebut masih aktif.

Data juga menunjukkan Sabah merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 655 orang melibatkan lima keluarga.

Terengganu pula mencatatkan seramai 22 mangsa membabitkan lima keluarga yang masih berlindung di pusat tersebut.

Sementara itu, di Kuala Lumpur terdapat sebuah keluarga terdiri daripada empat orang yang masih ditempatkan di PPS.

Ikuti perkembangan semasa mengenai banjir di seluruh negara di sini!

Artikel Berkaitan: