Sasikala Devi pangku Ketua Polis Selangor

Arjunaidi menyerahkan tongkat kepada Sasikala Devi pada majlis terima tugas Ketua Polis Selangor do Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Jumaat, Foto SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Arjunaidi menyerahkan tongkat kepada Sasikala Devi pada majlis terima tugas Ketua Polis Selangor do Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Jumaat, Foto SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID.
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Selangor berkuat kuasa pada Jumaat.

Beliau mengambil alih tugas berkenaan daripada Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed akan bersara wajib pada Isnin.

Majlis serah terima tugas antara Arjunaidi dengan Sasikala Devi dilakukan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Jumaat, majlis itu disaksikan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali.

Arjunaidi berkata, beliau sudah berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia selama 35 tahun.

"Banyak pengalaman suka dan duka saya lalui sepanjang tempoh perkhidmatan sehingga hari ini, namun setiap cabaran yang dihadapi banyak mencorak dan mewarnai kerjaya saya sebagai seorang pegawai polis," katanya dalam ucapan pada majlis serah terima tugas itu.

Arjunaidi turut menzahirkan penghargaannya terhadap pucuk pimpinan PDRM kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada beliau untuk menabur bakti.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Sasikala Devi dan pegawai dalam Polis Selangor yang banyak memberi sokongan kepada saya," katanya.

Artikel Berkaitan: