Anugerah Pahang 1st iktiraf organisasi kerajaan cemerlang

Wan Rosdy (dua dari kiri) menyampaikan anugerah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang,
Datuk Mahmud Mohd Nawawi ya g mengungguli Anugerah Pahang 1st apabila berjaya membawa pulang RM50,000 selepas dinobatkan sebagai penerima Anugerah Menteri Besar Pahang pada Majlis Anugerah Pahang 1st yang berlangsung meriah di Dewan Bandaraya, Majlis Bandaraya Kuantan pada malam Khamis.
Wan Rosdy (dua dari kiri) menyampaikan anugerah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Datuk Mahmud Mohd Nawawi ya g mengungguli Anugerah Pahang 1st apabila berjaya membawa pulang RM50,000 selepas dinobatkan sebagai penerima Anugerah Menteri Besar Pahang pada Majlis Anugerah Pahang 1st yang berlangsung meriah di Dewan Bandaraya, Majlis Bandaraya Kuantan pada malam Khamis.
A
A
A

KUANTAN - Pengiktirafan Anugerah Pahang 1st akan menjadi platform untuk organisasi kerajaan di Pahang untuk memberi khidmat cemerlang kepada rakyat.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, melalui pengiktirafan itu organisasi kerajaan sedaya upaya untuk meningkatkan perkhidmatan masing-masing ke tahap yang lebih cemerlang.

Menurutnya, ini sekali gus meletakkan Pahang sebagai antara negeri terbaik dalam melaksanakan perkhidmatan awam di negara ini.

Untuk menjadi terbaik antara yang terbaik, bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia menuntut usaha keras kita semua untuk mengubah budaya kerja ke satu tahap yang luar biasa.

"Jadi, kecemerlangan yang kita sedang kecapi sekarang akan terhenti sekiranya kita terus berada di zon selesa dan tidak berusaha menambah baik proses kerja sedia ada. Ini akan menjadikan kita ketinggalan dan akan dilihat tidak lagi relevan ibarat ‘katak di bawah tempurung’," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Anugerah Pahang1st di Dewan Bandaraya, Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Kuantan pada malam Khamis.

Sebanyak 30 jabatan menyertai pencalonan bagi anugerah berkenaan yang telah dinilai dari aspek kepimpinan dan prestasi melalui pelaksanaan strategi, maklumat, pelanggan, tenaga kerja dan proses yang efektif.

Sebanyak 19 anugerah diberikan kepada organisasi kerajaan yang telah menepati kriteria pemilihan serta layak diiktiraf sebagai pemenang membabitkan Anugerah Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam (MPIPA); Anugerah Pahang Inovatif; Anugerah Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP); Anugerah Pensijilan Anti-Bribery Management Systems (ABMS) dan Anugerah Pencapaian Cemerlang Pengurusan Amalan Nilai, Anugerah Digital, Anugerah Portal Terbaik serta Anugerah Produktiviti dan Kualiti.

Artikel Berkaitan:

Wan Rosdy bersama organisasi kerajaan pada Majlis Anugerah Pahang 1st yang berlangsung meriah di Dewan Bandaraya, Majlis Bandaraya Kuantan pada malam Khamis.
Wan Rosdy bersama organisasi kerajaan pada Majlis Anugerah Pahang 1st yang berlangsung meriah di Dewan Bandaraya, Majlis Bandaraya Kuantan pada malam Khamis.

Seterusnya, Anugerah Pencapaian Cemerlang System Star Rating (SSR); Anugerah Pentadbiran Cemerlang (Sektor Perkhidmatan); Anugerah Pentadbiran Cemerlang (Sektor Hasil); Anugerah Kutipan Fi Kelestarian Tertinggi; Anugerah Pencapaian Cemerlang Kutipan Hasil; Anugerah Kutipan Hasil Tanah Paling Ffisien Anugerah Kutipan Hasil Baharu Tertinggi dan Anugerah Kutipan Tunggakan Hasil Tertinggi; Anugerah Kutipan Hasil Tertinggi anak Syarikat Kerajaan Negeri Pahang, Anugerah Kutipan Hasil Melebihi RM100juta serta Anugerah Menteri besar Pahang.

Wan Rosdy memberitahu, perubahan landskap perkhidmatan awam pasca pandemik Covid-19 dan perubahan teknologi kesan perkembangan Teknologi Revolusi Industri 4.0 menuntut organisasi untuk melakukan inovasi terhadap sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Tegasnya, setiap organisasi seharusnya memastikan rakyat mudah untuk mendapatkan perkhidmatan dengan cepat, tepat, berintegriti dan kurang birokrasi.

"Dalam memenuhi aspirasi tersebut, organisasi kerajaan perlu sentiasa memastikan kecemerlangan dalam pelbagai aspek dan secara menyeluruh di semua peringkat, meliputi pihak pengurusan tertinggi, kumpulan profesional, kumpulan pelaksana dan juga sokongan.

"Saya difahamkan sebanyak 19 anugerah akan disampaikan pada malam ini dengan anugerah utamanya adalah Anugerah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.

"Saya pasti, menerusi anugerah ini ia akan menyuntik semangat dan motivasi warga perkhidmatan awam negeri Pahang untuk lebih berdaya saing bagi memastikan jabatan dan agensi tuan-tuan atau puan-puan berpeluang untuk memenangi dan merangkul anugerah-anugerah ini," ujar beliau.

Dalam pada itu, Wan Rosdy menzahirkan rasa kagum dan bangga semua penjawat awam di setiap organisasi telah melaksanakan setiap perancangan pembangunan Pahang dengan berjaya.

Menurutnya, pada tahun ini, buat pertama kali dalam sejarah kerajaan Pahang telah berjaya merekodkan pencapaian kutipan hasil mencecah RM1 billion.

"Prestasi kutipan hasil yang membanggakan ini adalah kerja keras dan komitmen jabatan dan agensi yang terlibat, selain usaha secara kolektif untuk membendung sebarang ketirisan hasil serta sistem tadbir urus cemerlang di seluruh lapisan pentadbiran," katanya.