Selangor wajibkan pengendali makanan pakai pelitup muka

Penyedia, pengendali makanan dan minuman di Selangor diwajibkan memakai pelitup muka berkuat kuasa 1 Januari 2023.- Gambar hiasan.
Penyedia, pengendali makanan dan minuman di Selangor diwajibkan memakai pelitup muka berkuat kuasa 1 Januari 2023.- Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Semua penyedia dan pengendali makanan di Selangor disaran supaya mematuhi arahan pemakaian pelitup muka berkuat kuasa 1 Januari 2023.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam hantaran di laman Facebooknya memaklumkan, peraturan baharu itu merupakan salah satu kaedah untuk menjaga kebersihan.

“Tindakan kompaun akan dikenakan kepada individu yang ingkar arahan tersebut yang menjadi antara syarat dalam mendapatkan kelulusan lesen perniagaan.

“Keputusan mensyaratkan pemakaian pelitup muka kepada penyedia, pengendali makanan dan minuman di Selangor diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) pada 7 September lalu,” kata hantaran itu pada Khamis.

Info grafik turut dikongsi MPS di laman Facebooknya pada Khamis.
Info grafik turut dikongsi MPS di laman Facebooknya pada Khamis.

Sementara itu, sebelum ini, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) turut dilaporkan berkata, pihaknya akan meningkatkan penguatkuasaan pemakaian pelitup muka dalam kalangan pengusaha restoran dan penjaja bermula tahun depan.

Yang Dipertua MPKj, Najmuddin Jemain berkata, pemantauan dan penguatkuasaan akan dijalankan Jabatan Pelesenan dan Penjaja dengan bantuan Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan.

Artikel Berkaitan: