Selamat datang Fadhli Shas ke Darul Makmur!

KELAB Liga Super, Sri Pahang merekrut khidmat Fadhli Shas dengan kontrak dua tahun dalam memperkuatkan cabaran Tok Gajah bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023.
“Kami berbesar hati mengumumkan pemain pertahanan, Fadhli sebagai wajah baru Sri Pahang FC bagi musim 2023.
”Pemain berusia 31 tahun ini menyertai pasukan dengan kontrak selama dua tahun.
”Pernah menyarung jersi skuad muda dan senior kebangsaan, Fadhli membawa bersamanya pengalaman luas baik di pentas domestik mahupun antarabangsa,” kata kelab itu di laman Facebook pada Rabu.
Fadhli telah bersama JDT selama lapan musim sebelum dipinjamkan ke Melaka United tahun ini.
Pengalaman Fadhli pastinya menjadi satu suntikan terbaik untuk posisi pertahanan skuad Tok Gajah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
