Tanah runtuh: 11 waris telah terima Bantuan Wang Ihsan

Armizan (dua dari kanan) ketika menyampaikan BWI kepada Siti Esah.
Armizan (dua dari kanan) ketika menyampaikan BWI kepada Siti Esah.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 11 waris kepada mangsa yang maut dalam tragedi tanah runtuh

di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Genting telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM10,000 setiap mangsa setakat Rabu.

Menurut hantaran di Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), urusan penyaluran BWI Kematian kepada 20 lagi waris mangsa yang meninggal dunia dan kepada 45 mangsa selamat akan disalurkan dalam masa terdekat.

“Mangsa-mangsa yang terlibat adalah dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang,” katanya pada Rabu.

Pada 16 Disember, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan BWI sebanyak RM10,000 bagi setiap mangsa yang kehilangan nyawa.

Menurut beliau, sebanyak RM310,000 telah diperuntukkan untuk waris mangsa yang meninggal dunia di dalam tragedi tersebut.

Pada Rabu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali telah menyampaikan BWI Kematian kepada dua waris mangsa.

Mereka adalah Tong Chee Kong yang kehilangan isteri dan anak lelaki telah menerima RM20,000 dan Siti Esah Hassan yang kehilangan anak perempuan menerima sebanyak RM10,000.

Artikel Berkaitan: