Banjir di Kelantan semakin pulih

Penduduk di Kampung Serongga, Rantau Panjang sedang giat mencuci selepas kediaman mereka dilanda banjir.
Penduduk di Kampung Serongga, Rantau Panjang sedang giat mencuci selepas kediaman mereka dilanda banjir.
A
A
A

KOTA BHARU - Banjir di Kelantan semakin pulih apabila hanya tinggal 266 mangsa di jajahan Pasir Mas yang masih berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut laman sesawang infobencanajkmv2.jkm.gov.my jumlah tersebut melibat 95 keluarga.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kedai Tanjong menempatkan jumlah mangsa teramai melibat 178 individu diikuti Pusat Tarbiah Nasrullah Pohon Buloh (74) dan SK Banggol Chicha (14).

Semua sungai utama di negeri ini sudah kembali ke paras normal sebagaimana sebelumnya.

Bagaimanapun Sungai Golok di Rantau Panjang dan Kuala Jambu, Tumpat masih berada pada paras waspada walaupun trend menurun.

Artikel Berkaitan: