Chelsea pergiat usaha buru Rice

Rice menjadi buruan Chelsea sejak tiga tahun lalu. -Foto Agensi
Rice menjadi buruan Chelsea sejak tiga tahun lalu. -Foto Agensi
A
A
A

CHELSEA enggan berputus asa untuk mendapatkan pemain tengah England, Declan Rice biarpun sudah memburunya sejak tiga tahun lalu.

Bagaimanapun dilaporkan skuad The Blues mendahului saingan untuk mendapatkan pemain West Ham itu.

Bagaimanapun masa depan Rice di Stadium London itu mencetuskan tanda kerana dia masih mempunyai baki 18 bulan dalam kontraknya.

Malah pemain berusia 23 tahun itu juga menolak tiga tawaran baharu daripada The Hammers.

Rice difahamkan tidak akan dijual pada jendela perpindahan Januari ini tetapi West Ham mungkin boleh berubah fikiran pada musim panas nanti.

The Athletic sebelum ini melaporkan Chelsea mendahului untuk mendapatkan Rice yang sebelum ini pernah berada dalam akademi mereka.

The Blues bagaimanapun berasa bimbang bahawa mereka mungkin akan tewas kepada Manchester United atau Manchester City dalam 'perebutan' untuk mendapatkan Rice.

Bekas pengendali Chelsea, Frank Lampard mendedahkan April lalu bawah dia sudah mencuba sedaya upaya untuk membawa Rice ke Stamford Bridge.

Artikel Berkaitan:

“Kami bertuah kerana memilikinya di England. West Ham bertuah memilikinya.

“Dia seorang pemimpin dan jelas bahawa dia ditakdirkan untuk melakukan perkara yang hebat,” katanya.