'Saya sedia untuk bertugas semula'

Muhammad Faiq(kiri) ketika mendapatkan rawatan awal setelah pengsan ketika menjalankan operasi SAR mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Jalan Genting-Batang Kali di sini pada 24 Disember lalu.
Muhammad Faiq(kiri) ketika mendapatkan rawatan awal setelah pengsan ketika menjalankan operasi SAR mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Jalan Genting-Batang Kali di sini pada 24 Disember lalu.
A
A
A

BATANG KALI - 'Saya tetap sedia untuk kembali menyarung uniform sekiranya diperlukan untuk bertugas,' reaksi anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Prebet Pertahanan Awam Muhammad Faiq Haikhal Mohd Jeffry.

Beliau yang kini telah pulih setelah dikejarkan ke Hopital Selayang akibat pengsan ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Jalan Genting-Batang Kali di sini pada 24 Disember lalu.

Menceritakan kejadian yang dialaminya, Muhammad Faiq Haikhal, 21, berkata kejadian yang dialami itu berpunca daripada kedegilannya untuk tetap meneruskan tugasan biarpun berasa tidak sedap badan.

Menurutnya, dirinya tetap bersemangat untuk menjalankan tugas SAR dalam keadaan cuaca yang panas.

"Cuaca sangat terik ketika itu menyebabkan saya rasa tidak selesa, saya kemudian cuba untuk duduk tetapi pada masa itu pandangan terus gelap.

"Saya tersedar apabila bahu saya ditepuk oleh rakan setugas, saya tidak sedarkan diri sebanyak dua kali, pertama di lokasi dan kedua di khemah perubatan, menyebabkan kesemua rakan penyelamat bimbang keadaan saya," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Katanya, dirinya dikejarkan ke Hospital Selayang dan diletakkan di zon kuning untuk pemantauan dalam tempoh 24 jam.

"Ini bagi memastikan tiada kesan serius setelah saya mengalami dehidrasi di lokasi pencarian.

"Setelah pemeriksaan dibuat, tiada kesan serius dan disahkan sihat, saya kemudian dibenarkan pulang ke rumah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, dirinya tetap bersemangat untuk meneruskan tugas sekiranya diperlukan pada bila-bila masa.

Muhammad Faiq sedia untuk menyarung kembali uniform untuk bertugas pada bila-bila masa.
Muhammad Faiq sedia untuk menyarung kembali uniform untuk bertugas pada bila-bila masa.

"Buat masa ini saya diminta untuk berehat di rumah, namun sekiranya khidmat saya diperlukan, saya tetap bersedia untuk menyarung uniform dan bertugas seperti biasa," katanya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, ditamatkan pada jam 12 tengah hari, Ahad.

Pada 16 Disember lalu, seramai 92 mangsa terlibat dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Hilltop di Father's Organic Farm, Jalan Genting- Batang Kali di sini.

Seramai 19 daripada 30 mayat mangsa sebelum ini ditemukan di Sektor A (Hill View), manakala 10 di Sektor C (Riverside) dan seorang di Sekstor B (Farm View).

Operasi SAR melibatkan seramai 80 anggota meliputi 27 daripada JBPM, 25 Angkatan Tentera Malaysia (ATM), lapan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan tiga Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Selain itu 10 anjing pengesan dan sembilan jengkaut turut digerakkan dalam operasi SAR ini untuk mengesan mangsa terakhir tragedi tanah runtuh itu.

Seramai 92 mangsa terbabit dalam tragedi tanah runtuh tersebut dengan 31 disahkan maut manakala 60 lagi mangsa disahkan selamat.