Mangsa banjir di Sabah meningkat, empat negeri lain menurun

Fatimah Yassin, 61, membersihkan rumahnya susulan kejadian banjir baru-baru ini di Kampung Paya Besar pada Ahad. - Foto Bernama
Fatimah Yassin, 61, membersihkan rumahnya susulan kejadian banjir baru-baru ini di Kampung Paya Besar pada Ahad. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah keseluruhan mangsa banjir di enam lima negeri turun kepada 12,622 orang melibatkan 3,847 keluarga setakat jam 4 petang Ahad, berbanding 24,414 orang pada sebelah pagi.

Berdasarkan laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), penurunan itu membabitkan kesemua negeri kecuali Sabah yang merekodkan peningkatan mangsa bencana itu daripada 986 kepada 1,363 orang.

Laporan terkini oleh Nadma berkenaan situasi banjir di seluruh negara setakat jam 4 petang Ahad.
Laporan terkini oleh Nadma berkenaan situasi banjir di seluruh negara setakat jam 4 petang Ahad.

Peningkatan yang berlaku di Sabah membabitkan 316 keluarga yang berada di empat daerah di negeri berkenaan.

Perkembangan itu menjadikan jumlah PPS aktif membabitkan 14 daerah di lima buah negeri yang terjejas banjir kini kepada 62.

Ketika ini, Kelantan merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 7,148 orang melibatkan 2,301 keluarga daripada dua daerah yang masih terjejas dengan bencana itu.

Di Terengganu pula, jumlah mangsa masih terkesan ialah sebanyak 3,908 orang daripada 3,908 keluarga masih ditempatkan di PPS.

Manakala di Sarawak, hanya 141 mangsa terdiri daripada 34 keluarga masih ditempatkan di PPS sementara di Perak, jumlah mangsa banjir ketika ini adalah seramai 62 orang membabitkan 14 keluarga.

Artikel Berkaitan: