Beg tangan isteri MB Kelantan hanya RM300, bukan RM26,000

Gambar kiri: Beg tangan mewah bernilai RM26,000 yang didakwa dipakai isteri Menteri Besar Kelantan sehingga mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan warganet sebenarnya hanya berharga RM300.Gambar kanan: Anak kepada Menteri Besar Kelantan, Azma Ahmad menerusi satu hantaran Facebook menjejaskan beg tersebut adalah hadiah daripada adik-beradiknya sempena hari keluarga 2022.
Gambar kiri: Beg tangan mewah bernilai RM26,000 yang didakwa dipakai isteri Menteri Besar Kelantan sehingga mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan warganet sebenarnya hanya berharga RM300.Gambar kanan: Anak kepada Menteri Besar Kelantan, Azma Ahmad menerusi satu hantaran Facebook menjejaskan beg tersebut adalah hadiah daripada adik-beradiknya sempena hari keluarga 2022.
A
A
A

KOTA BHARU - Beg tangan mewah dipakai isteri Menteri Besar Kelantan yang dikatakan bernilai RM26,000 sebenarnya hanya berharga RM300.

Perkara itu dimaklumkan Unit Komunikasi Menteri Besar Kelantan menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook pada Sabtu.

"Hakikat sebenar adalah beg tangan tersebut sekadar berharga sekitar RM300 bukannya mewah sehingga berharga RM26,000 seperti didakwa," menurut kenyataan itu.

Unit Komunikasi Menteri Besar Kelantan turut menyifatkan tindakan penyebaran hal berkenaan sebagai fitnah yang digunakan untuk menjatuhkan imej dan peribadi kepimpinan kerajaan negeri.

Kenyataan itu turut memaklumkan, fitnah terbabit dibuat tanpa sebarang bukti dan usul periksa berkenaan status barangan tersebut.

"Dalam situasi musibah banjir, di saat kepimpinan kerajaan negeri bertungkus-lumus menguruskan, membantu dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat yang susah masih ada satu pihak yang mengambil pendekatan fitnah bagi mengundang keresahan awam.

"Rakyat tidak sepatutnya disajikan bahan fitnah dan persepsi jahat bagi tujuan 'character assasination' yang berniat jahat untuk menjejaskan kredibiliti dan integriti kepimpinan kerajaan negeri," katanya.

Sementara itu anak kepada Menteri Besar Kelantan, Azma Ahmad menerusi satu hantaran dimuat naik di Facebook menjelaskan beg tersebut adalah hadiah daripada adik-beradiknya sempena hari keluarga 2022.

Artikel Berkaitan:

"Tak dok modal sungguh waso ore ponn nk (sudah tiada kerja lain hendak buat) fitnah-fitnah.

"Umi oyak (beritahu) kalau beg RM26,000 baik beli emas," ujarnya.

Sejak beberapa hari lalu, tular kononnya isteri Menteri Besar Kelantan memakai beg berjenama ketika bersama suaminya, Datuk Ahmad Yakob menyambut kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat keadaan banjir yang melanda negeri itu, Khamis lalu.