Pencemaran bau: LRA Sungai Semenyih kembali beroperasi

Gangguan air disebabkan tumpahan pati minyak wangi membabitkan sebuah lori. Foto Bernama.
Gangguan air disebabkan tumpahan pati minyak wangi membabitkan sebuah lori. Foto Bernama.
A
A
A

SHAH ALAM - Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih telah beroperasi semula selepas pencemaran bau merekodkan bacaan kosong ton sebanyak tiga kali berturut-turut.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, pengoperasian tersebut melibatkan proses pembersihan dan rawatan air sebelum diagihkan kepada pengguna.

Menurutnya, proses tersebut mengambil masa lebih kurang 12 jam.

"Sejurus itu, bekalan air terawat yang bersih dan selamat akan mula diagihkan secara berperingkat kepada pengguna di kawasan-kawasan yang terlibat," menurut kenyataan itu pada Ahad.

Pada Sabtu, Air Selangor memaklumkan 470 kawasan di lima daerah di Selangor mengalami gangguan air tidak berjadual susulan pencemaran bau dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Kejadian disebabkan tumpahan pati minyak wangi membabitkan sebuah lori membawa muatan cecair berkenaan di Lebuhraya Elite berdekatan Bandar Serenia, Negeri Sembilan.

Artikel Berkaitan: