Berendam lima jam

Ibu yang baru bersalin 14 hari terpaksa berendam banjir selama lima jam sebelum berjaya diselamatkan.
Ibu yang baru bersalin 14 hari terpaksa berendam banjir selama lima jam sebelum berjaya diselamatkan.
A
A
A

SHAH ALAM - Melihat seorang ibu baru beberapa hari bersalin mengharungi banjir, meruntun hati sukarelawan yang terlibat membantu mangsa bencana itu di Terengganu, baru-baru ini.

Berkongsi kisah itu, Pengurus Pertubuhan Kerja Akhirat Bersama (KAB), Rizal Ali, 54, berkata, ibu yang baru dua minggu melahirkan anak terbabit terpaksa berendam dan menahan kesejukan lebih lima jam sebelum diselamatkan.

“Kejadian itu berlaku di Kampung Pasir Badak, Jerteh, Terengganu melibatkan lebih kurang 20 penduduk termasuk wanita yang baru bersalin itu yang merupakan seorang jururawat.

Rizal
Rizal

“Ibu dan bayi terbabit bagaimanapun selamat dan ditempatkan di sebuah surau, namun yang lebih menyayat hati apabila mereka tidak diberi kelengkapan secukupnya, hanya tidur beralaskan selimut.

“Kejadian banjir berlaku 18 Disember dan saya tiba dua hari selepas itu, pihak kami bersama Muszlee Malaysia memberikan makanan, kain dan sebagainya. Keesokan hari pula, kita bawakan pasukan perubatan,” ujarnya.

Selain itu, tambahnya, lebih menyedihkan apabila melihat enam buah rumah di Kampung La, Hulu Besut, dihanyutkan hingga menyebabkan mangsa hanya tinggal sehelai sepinggang.

Sementara itu, Pengasas Pertubuhan Gerakan Kebajikan Abang V-Va, Azwan Omar, 30, turut berkongsikan pengalamannya di Jerteh dalam misi menyelamat mangsa banjir.

Artikel Berkaitan:

“Saya ternampak dua orang warga emas yang mengibarkan bendera putih di rumah mereka untuk meminta pertolongan tetapi saya tidak dapat bantu kerana arus air ketika itu terlampau deras sehingga bot tidak dapat lepas.

“Hanya jet ski yang boleh tempuh. Jadi, bercampur baur perasaan saya pada waktu itu malah agak terkilan,” katanya.

Azwan menjalankan misi menyelamat di Masjid Durian Mentangau, Dungun.
Azwan menjalankan misi menyelamat di Masjid Durian Mentangau, Dungun.