PM perlu pastikan tiada lagi 'ketirisan' tender

Laporan Sinar Harian pada 29 November lalu.(Gambar kecil: Hasbullah)
Laporan Sinar Harian pada 29 November lalu.(Gambar kecil: Hasbullah)
A
A
A

SHAH ALAM - Pasukan Rasuah Busters Perak menyokong Kerajaan Perpaduan untuk tidak lagi membenarkan kelulusan perolehan tanpa tender.

Pengerusinya, Profesor Dr Hasbullah Ashari meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkukuh serta menitikberatkan tatacara pengurusan tender dan dokumen supaya dapat mengelakkan daripada kebocoran, ketirisan dan rasuah.

“Kita mahu pelaksanaan (keputusan tidak membenarkan lagi) kelulusan perolehan tanpa tender ini diperkukuhkan.

“Ini kerana bagi saya, sistem dokumen itu sudah sempurna dan umumnya, baik cuma mengemaskinikan pelaksanaannya serta memastikan audit berjalan dengan baik.

“Lagipun, perkara ini dah lama terjadi, maka tatacara (pengurusan tender) perlu diuruskan dengan baik agar dapat memastikan hasrat Perdana Menteri dilaksanakan, terpulang kepada kekuatan kerajaan baharu,” katanya kepada Sinar Ahad.

Tambah Hasbullah, penjawat awam juga perlu memastikan agenda integriti dapat berjalan dengan baik supaya perkara ini dapat dilaksanakan.

Baru-baru ini, Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak perlu lagi memberi kelulusan dan perolehan projek tanpa tender yang sewajarnya.

Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan yang dipimpinnya tidak akan membenarkan ketirisan atau rasuah berterusan di negara ini.

Artikel Berkaitan: